Ya Allah...sebaknya hati ini bila terbaca "Kisah sedih Aiman dan Syairah" (from fb)
Mereka dijodohkan atas kehendak keluarga...
Aiman yang pada mulanya seorang yang suka berjoli, mabuk2 n pulang lewat malam
berubah menjadi seorang suami yang soleh.
Walaupun Aiman begitu tapi Syairah tetap terima lamaran dari Abah Aiman.
Pada mulanya Aiman pun pelik kenapa Syairah terima Aiman..
"kerana Allah", jawab Syairah...
Aiman telah banyak berubah kerana Allah dan Syairah lah inspirasinya...
Aiman belajar selama seminggu di sekolah pondok untuk belajar ilmu agama.
Dia tidak mahu lari lagi dari menjadi seorang imam dalam keluarganya, dia mahu menjadi imam untuk isterinya dan memimpinnya...
Setiap hari selepas sembahyang pasti Syahirah mengingatkan suaminya supaya mendoakan rumah tangga mereka hingga ke syurga...
"Cinta Kita_Teuku Wisnu ft Shireen Sungkar" menjadi lagu pilihan mereka...
Banyak liku2 sepanjang perjalanan mereka mencari redha Illahi..
Dugaan datang untuk menguji Aiman yang baru sahaja belajar untuk mendekatkan diri kepada Sang pencipta.
Disaat syarikatnya muflis, Syahirah pula dijemput pulang oleh Alongnya...
Dengan hati yang berat Aiman terpaksa melepaskan Syahirah...
Setelah mendapat kekuatan akhirnya Syahirah dijemput kembali kesisi suaminya yang tercinta...
Disangka panas hinggga ke petang rupanya hujan ditengah hari...
Dugaan datang kembali...
Rumah mereka dimasuki pencuri..
Syahirah yang ketika itu berseorangan dirumah telah cedera akibat ditikam oleh pencuri itu...
Aiman yang baru pulang dari surau cuba menyelamatkan isterinya ttapi turut pengsan akibat mulutnya diterkup dengan kain yang mengandungi bahan kimia.
Apabila sedar, rumah mereka telah dikerumuni polis dan orang ramai.
Aiman dituduh membunuh isterinya kerana pisau yang digunakan berada ditangannya...
Aiman dipenjarakan hampir sebulan, rindunya terhadap isterinya tidak dapat dibendung lagi...
Bapa mertuanya tidak pernah menyalahkan dia, malah menyuruh dia supaya bersabar...
Berkat kesabarannya, akhirnya kebenaran telah terungkai, dia dilepaskan..
Tetapi saat dia dilepaskan Syahirah pula pergi menghadap Illahi..
Barah hati yang dihidapinya tdk dapat diselamatkan lagi...
Betapa sedihnya Aiman...
Hampir 5 bulan, baru Aiman memulihkan keadaanya...
Suatu malam, Aiman ke surau dan tidur disana.
Keesokan paginya, Kedua ibubapanya terkejut apabila ada orang memberitahu bahawa Aiman telah meninggal dunia....
Ibunya hanya mampu berdoa supaya roh anak dan menantunya mendapat rahmat Illahi...
Begitulah serba sedikit cerita yang aku baca tadi...sedih sangat!!
Dan betul kata penulis cerita ini. Kadang2 dalam hidup ini tak semua yang kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kta dapat. Untuk kisah ini bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekatkan diri kepada Illahi, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita pula?? Wallahualam hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqaamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir ayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha mejadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti, Syurga @ neraka yang menanti.
Wallahua'lam