Friday 29 August 2014

Lamunan Terhenti ~Full~

LAMUNAN TERHENTI…
          Sedang duduk bersendirian di dalam bilik , tiba-tiba kenangan masa lalu menjelma diingatanku.
Pada ketika itu...
                Suasana tenang lagi nyaman, di kejauhan kedengaran bunyi ombak yang menghempas pantai. Sesekali angin bertiup kencang. Bunyi kokokan ayam yang kedengaran menandakan hari sudah  menyinsing siang.
Tiba-tiba...
Kedengaran bunyi tombol pintu dipulas. Aku menoleh kearah pintu. Aku sangka kan mama yang datang, rupa-rupanya Kak Saera pula.
“Zinnirah da solat subuh kah?”  tanya Kak Saera.
“Irrah dah solat, sekarang ni nak siap-siap tukar baju da.”
“Akak pula kenapa pakai baju tidur lagi ni? Tak nak pegi sekolah kah?” soalku
“Pergi. Kejap lagi akak tukar lah, nak siapkan dulu keja ni.”
“Akak tak kan keja tu tak siap-siap lagi dari tadi?”
“Nak siap lah ni.”
“Ok, Irrah tunggu kat bawah tau , jangan pula akak lambat nanti kereta sewa sampai, tiap hari kita jak yang ditunggu, malu lah kak, kang bila Pakcik  tu bosan menunggu  ditinggalnya kita baru padan muka.”
“Eya, kau ni pagi-pagi dah bising macam mak nenek, hehehe.” komen Kak Saera sambil ketawa kecil.
Sebenarnya aku bukannya nak membebelkan Kak Saera tu, tapi kalau dah setiap hari begitu naik bosan lah aku juga. Risau juga Pakcik pemandu tu bosan menunggu, nanti tak pasal-pasal dia tinggalkan kami, kan kami juga yang susah nanti.
Kak Saera merupakan anak sulung dalam keluarga, manakala aku anak kedua dan kami masih mempunyai dua orang adik. Seorang lelaki, adik Man yang kini bersekolah di tingkatan 3 dan adik yang bongsu, Yasmin baru berumur 5 tahun. Kebetulan tahun ini kami bertiga akan menduduki peperiksaan pada  hujung tahun nanti. Kak Saera akan mengambil STPM, aku pula SPM dan Adik Man PMR.
Seronok rasanya bila dapat bertemu kembali kawan-kawan di sekolah. Walaupun cuti  semester hanya seminggu tetapi terasa seperti setahun lamanya. Begitulah yang aku dan Ann rasakan setiap kali cuti sekolah. Cuti semester yang hanya seminggu kami rasakan sudah setahun lamanya kami tidak berjumpa. Padahal setiap hari berjumpa di kelas, duduk semeja lagi tu. Isk…isk… (sambil menggeleng kepala), Nampak sangat perangai kebudak-budakkan kami berdua. Tapi tu lah perkara yang menyeronokkan bagi kami, sampai tak mahu ponteng sekolah walau sehari, bukannya excited nak belajar pun tapi kerana nak berjumpa dan habiskan masa berbual tentang kisah kemarin sementara menunggu lonceng pertama berbunyi.  Pasti ada saja cerita terbaru yang nak dibualkan oleh kami berdua dan ini juga lah rutin harian kami. Masa pertama awal pagi ini adalah subjek Prinsip Akaun yang diajar oleh Cikgu Elizy yang merangkap guru kelas kami.
“Selamat pagi cikgu.” Ucapan selamat pagi dimulakan oleh ketua kelas kami, Ah Chong dengan nada menyanyi sama seperti dalam cerita kanak-kanak yang tengah popular sekarang ni “Upin Ipin” dan dituruti oleh kami semua.
“Ya, selamat pagi juga murid-murid.” Jawab Cikgu Elizy dengan nada bergurau. Kami semua tertawa.
“Pandai juga cikgu ni bergurau .” Detik hatiku, sambil tersenyum.
“Baiklah sila keluarkan fail anda semua.” Arah cikgu Elizy.
Semua pelajar menurut perintah. Mereka mengeluarkan fail masing-masing, kecuali aku yang masih terpinga-pinga kerana terkejut ketika melihat cikgu Elizy memasuki kelas kami.
“Irah fail kau mana?” Tanya Ann padaku.
“Ann macamana ni? Betulkah hari ini ada subjek Prinsip Akaun? Hari ni hari apa ya?” Tanyaku bertalu-talu.
“Ya Allah, Irah hari ni kan rabu mestilah ada Prinsip Akaun, nah tengok jadual ni!”
“Astagfirullahalazim, Ann aku salah tengok jadual lah semalam aku ingatkan hari ini khamis. Habislah Ann” kataku dengan nada risau.
“Erm, tak pa kau jumpalah cikgu tu then cakaplah kat cikgu yang kau terlupa bawa fail, alah tak payah risaulah kau tu kan pelajar kesayangan cikgu.” Kata Ann sambil mengenyit mata
“Banyak lah kau pelajar kesayangan cikgu konon.” Balasku sambil menjelirkan lidah, terus berlalu meninggalkan Ann.
“Cikgu saya minta maaf.”
“Kenapa ni Zinnirah tetiba nak minta maaf kat cikgu pula?” Tanya cikgu kehairanan
“Sebenarnya saya terlupa bawa fail, sebab semalam saya tersalah tengok jadual cikgu, saya ingatkan hari ini khamis.” Terangku
Sambil tersenyum cikgu melihat kearahku. “Urm, tak apa Zinnirah lain kali tengok jadual tu elok-elok jangan sampai tersilap lagi.”
“Baik cikgu, terima kasih.” Kataku sambil tersenyum
Aku kembali duduk ke tempatku dengan wajah sedih, Ann berasa hairan melihatku.
“Kau kenapa Irah? Cikgu marahkah?” Soal Ann padaku ingin tahu
“Eh, kau kenapa diam jak ni?” soal Ann  lagi tidak puas hati padaku kerana aku hanya mendiamkan diri.
“Hahahhahhah.” Aku tertawa kerana dapat mengenakan Ann
“Gila! aku ingat kau kenapa jak tadi.” Marah Ann padaku
“Padan muka! Siapa suruh kau kan selalu kenakan aku, hari ini kita satu sama tau. Hehehe” kataku dan ketawa sambil menjelirkan lidah
Aku berasa lega sangat bila cikgu hanya tersenyum padaku bila aku memberitahu tentang fail aku yang tertinggal di rumah. Sebenarnya aku tahu Cikgu Elizy tidak akan memarahi aku, tapi bukan kerana aku ni pelajar kesayangan cikgu seperti yang Ann katakan tadi sebab aku tahu Cikgu Elizy seorang guru yang penyayang dan sangat memahami pelajarnya. Walaupun, Cikgu Elizy pernah memarahi dan membuang kesemua fail kami di lantai disebabkan Black tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh cikgu semasa cuti semester tahun lalu, kami tidak pernah ambil hati sebab kami tahu cikgu buat begitu kerana dia sayangkan kami. Aku masih teringat dan masih terngiang-ngiang suara cikgu ketika itu…
“Tidak ada guru yang tak sayangkan pelajarnya. Cikgu marah kamu supaya kamu belajar bersungguh-sungguh. Cikgu tidak akan dapat mengubah masa depan kamu, tetapi kamulah yang akan mengubah masa depan kamu sendiri. Kalau kamu tidak menyiapkan kerja yang cikgu bagi tiada guna kamu berpenat lelah seharian di sekolah dengan hanya membuang masa saja,”
“Pelajar yang pandai bukan kerana dia lur biasa, tetapi kerana dia belajar luar biasa!”
“Kamu jangan pernah berputus asa, kerana winner never quit and the quitter never win. Ingat kata-kata cikgu tu.” kata cikgu pada kami semua.
Kata-kata semangat dari cikgu itu lah juga menjadi pembakar semangat kami semua. Sehingga kini kata-kata Cikgu Elizy masih tersemat diingatanku.
Setiap kali waktu rehat aku dan Ann jarang sekali turun ke kantin. Biasanya kami akan menghabiskan masa di library untuk membaca buku dan mencari bahan rujukan. Kadangkala aku dan Ann akan terserempak Fatah dan rakan-rakannya. Mereka merupakan pelajar kelas ERT yang hanya bersebelahan dengan kelas PA iaitu kelas kami. Mereka ni boleh dikategorikan sebagai pelajar yang agak nakal juga, terutamanya Adi dan Azril. Mereka berdua sangat suka mengusik rakan-rakan perempuan mereka. Namun begitu, mereka tidak pernah melanggar peraturan sekolah. Mereka sebenarnya agak disukai juga oleh rakan-rakan mereka, kerana mereka sangat suka membantu rakan mereka yang dalam kesusahan. Berbeza dengan Fatah, dia agak pendiam dan pemalu orangnya. Namun begitu, adakalanya pandai juga mengusik orang.
Aku teringat ketika aku dan Ann hendak masuk ke kelas. Kami dihalang oleh seseorang ditangga. Apabila aku menoleh ke atas aku terkejut melihat Fatah, rupa-rupanya Fatah yang menghalang kami. Dia berlagak seolah-olah sedang mengikat tali kasut sambil kakinya diletakkan di atas pagar. Aku hanya terdiam melihat dia, kerana dalam hatiku hanya Tuhan saja yang tahu.
“Isk…isk…Kau ni Fatah kalau ya pun nak betulkan tali kasut tu cepat-cepatlah, kami nak naik ni.” Bebel Ann.
“Sekejaplah, susah sangat nak ikat tali kasut ni.” Jawab Fatah dengan selamber
Azril yang turut berada disitu hanya tersenyum melihat kelakuan temannya itu. Aku dapat rasakan yang Azril sebenarnya tahu bahawa Fatah sengaja berkelakuan begitu kerana mahu mengusik kami. Aku memandang Azril dan turut tersenyum, walaupun dalam hati sebenarnya aku geram sangat kat Fatah.
                Pernah suatu hari aku, Ann, Ifah dan Fidah sedang belajar di library, tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki ke tempat duduk kami. Pada mulanya aku tak perasan siapa orang itu, tapi aku terdengar suranya memanggil nama Ann.
                “Ann…Ann…”
Aku menoleh kearah orang itu. Kali ni bukan Fatah yang datang mengusik tapi Adi. Aku dah agak kalau Adi datang tak bukan dan tak lainnya nak mengusik aku ngan Ann lah tu. Aku hanya diam dan berpura-pura tidak perasan akan kedatangan dia
                “Ann kau marah aku ka? Kenapa kau tak nak bercakap dengan aku?” Tanya Adi
Ann hanya tersenyum.
“Kau ni datang nak mengacau aku atau..”
Belum sempat Ann menghabiskan kata-katanya Adi terus menyampuk.
                “Dua-dua sekali.” Kata Adi tersenyum sambil matanya melirik ke arahku.
Aku perasan dia merenungku, tetapi aku hanya buat tak tahu seolah-olah tidak mendengar apa yang katakan olehnya tadi.
Tiba-tiba…
                Datang seorang teman Adi dan duduk bersebelahan dengan Ifah. Aku menyangka Azril yang datang, kerana biasanya Azril dan Adi sentiasa bersama. Apabila aku memandang ke arah orang itu, aku terkejut dan terkedu melihat Fatah sedang duduk disitu. Aku hanya menulis dan terus menulis kerana ingin menutup rasa gementar di dadaku. Aku tidak peduli akan kehadiran dua orang kaum Adam itu dihadapanku. Tetapi dalam khusyuk menulis, aku masih boleh mendengar perbualan mereka bersama Ann. Kerana hanya Ann sahaja yang rapat dan sanggup melayan karenah mereka. Kalau aku, tak kuasa aku nak melayan mereka.
Tiba-tiba…
Ann menyiku tanganku seolahh-olah memberi isyarat kepadaku tentang apa yang diperkatakan oleh Adi. Tetapi ketika itu aku tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Adi. Aku hanya diam dan teruus menulis tanpa memberi respon kepada Ann.
Tiba-tiba …
                Terdengar suara Fatah berbicara. “Nah, tambah speed dia menulis tau.” Sindir Fatah
Aku tidak memandang Fatah, kerana aku tahu Fatah sedang menyindir aku kerana tidak mempedulikan mereka. Sebenarnya tanpa mereka sedari Ifah menendang kakiku dibawah meja dan aku membalasnya. Ifah tersenyum kepadaku kerana dia tahu dengan cara mendiamkan diri sahaja aku mampu mengawal perasaanku itu. Kerana Ifah sangat memahami aku.
Suatu pagi, dalam library…
                “Irrah waktu rehat dah tamatlah, jom kita masuk kelas.” Ajak Ann
                “Eya, kejap aku nak salin dulu kata-kata hikmah ni. Kata-katanya syok tau, rugi kalau tak salin.” Balasku.
                “Isk, kau ni tak habis-habis dengan kata-kata hikmah kau tu, dari dulu sampai sekarang tak pandai nak   berubah. Ok lah, aku tunggu kau kat luar, kau jangan pula duduk lama-lama dalam ni tau.”
                “Ok bos!” jawabku dengan nada bergurau
Aku memang sangat suka menulis kata-kata hikmah ni, sejak dari tingkatan tiga lagi aku dah mula mengumpul  dan menulis kata-kata hikmah ni. Masuk tahun ni dah lima buah  buku koleksi kata-kata hikmahku.
                Aku teringat semasa di tingkatan tiga aku sangat suka membaca buku-buku motivasi. Dulu ada sebuah buku yang aku sangat suka baca. Buku tu bertajuk “TERSENYUMLAH”, seperti tajuknya begitulah isi didalamnya. Sesiapa yang membaca buku ni pasti akan tersenyum kerana setiap bait-bait kata dan cerita yang disampaikan oleh si penulis mampu membuat si pembaca tersenyum dan dapat melupakan segala duka dihati. Dulu setiap kali lepas membaca buku tu aku akan sembunyikan dan meletaknya ditempat yang tak akan ada orang jumpa, supaya bila aku datang kembali ke library untuk membaca buku tu mudah untukku mencarinya. Tapi lama-kelamaan buku tu dah tak dapat dijumpai, aku sangat sedih masa tu.
“Mungkin buku tu ada yang ambil,” bisik hati kecilku
Kerana aku tahu ramai pelajar sangat suka membaca buku tu. Malah, guru-guru pun suka membaca buku tu. Memang pantaslah buku tu hilang.
“Jika aku diberi peluang, aku pasti ingin memiliki buku tu nanti.” Kataku dalam hati
Suatu hari, diwaktu tengah hari…
                “Eh, Zinnirah, Ann korang nak pergi mana?” Tanya Ah Chong
                “Ops, lupa nak bagitahu kami nak pulang. Nanti kau tolong bagitahu Sir Mike, kami pulang awal ada hal nak buat ok! ” Kataku kepada Ah Chong
Ah Chong hanya mengangguk dan tersenyum kepada kami, kerana dia tahu hari ini aku akan mengikuti kelas tuisyen di pekan KB, manakala Ann pula terpaksa pulang awal kerana sukar untuk mendapatkan kenderaan untuk pulang ke rumahnya. Memandangkan rumah Ann terletak di pekan KB, aku dan Ann berjalan bersama-sama pergi ke pekan. Tanpa aku sedari sedang berbual-bual dengan Ah Chong ada seseorang sedang memerhatikan aku.
                Pada hari ini, merupakan hari pertama aku mengikuti kelas tuisyen di pusat tuisyen Yayasan. Oleh kerana masih awal aku menuju ke Perpustakaan Daerah KB. Sementara menunggu kelas bermula jam 2 petang nanti. Aku menghabiskan masa dengan membaca buku. Sejurus sahaja aku memasuki kelas, aku diminta memperkenalkan diri dan sekolahku. Aku berasa senang berada didalam kelas itu, kerana gurunya sangat baik dan pelajarnya juga peramah. Pada hari pertama ni juga aku telah mendapat dua orang teman, Suzie dan Ili. Mereka merupakan pelajar dari SMK Arshad, mereka sangat baik dan hanya beberapa hari saja kami dah mula rapat. Sehingga kini persahabatan kami masih kekal lagi.
                Teringat kembali ketika aku berada ditingkatan 4, aku dan Ann agak nakal. Setiap kali Cikgu Tam mengajar subjek Sains dalam kelas, kami tak pernah mengambil perhatian terhadap apa yang diajarnya. Sebaliknya, kami hanya suka mendengar lagu dan bercerita kosong. Sehinggalah pada suatu hari, aku dan Ann meminta kebenaran untuk keluar ke toilet.
                “Cikgu boleh kami keluar? kami nak ke tandas.” Tanyaku dengan sopan meminta izin.
                “Tidak boleh!” jawab Cikgu Tam
Aku agak terkejut dengan jawapan itu.
                “Kenapa pula cikgu?” soalku
“Cikgu tak benarkan kamu keluar kerana cikgu tahu, kalau cikgu benarkan kamu keluar kamu tak pergi toilet tapi kamu bercerita di tangga tu kan?” terang Cikgu pada kami sambil menunjuk kearah tangga.
Aku tersenyum, dalam hati aku berkata “habislah kantoi dah.”
                “Tak lah Cikgu kali ni kami benar-benar serius nak pergi toilet.” Terangku untuk meyakinkan Cikgu Tam
“Betul tu Cikgu, kami tak main-main.” Tambah Ann lagi. Sedangkan dalam hati kami berdua sedang menahan ketawa.
“Baiklah, Cikgu benarkan kamu keluar. Tapi kamu jangan pula bercerita ditangga tu nanti ok!” kata Cikgu sambil menoleh kearah tangga.
“Terima kasih cikgu.” Ucapku dan Ann serentak, sambil tersenyum.
“Ahahahhaaha” meledak tawaku dan Ann setelah sampai ke tandas hingga mengejutkan pelajar lain yang berada di tandas tersebut.
“Habislah kita Irrah, kantoi habis.” Kata Ann
“Hehehe, padan muka kita kan?” jawabku
                “Eya lah, agaknya cikgu perasan tu kita selalu bercerita.” Kata Ann
Memang betul lah apa yang Cikgu Tam cakap tu.  Sebab Cikgu Tam selalu terserempak  aku dan Ann bercerita ditangga. Tambahan lagi, aku dan Ann selalu masuk lewat dalam kelas Cikgu Tam terutamanya, bila kelas Cikgu Tam bermula selepas waktu rehat. Kerana aku dan Ann pasti akan mengambil masa 5 hingga 10 minit untuk membaca buku di library sebelum masuk ke kelas cikgu Tam. Tapi walaupun aku dan Ann terkenal dengan kenakalan kami, setiap kali Cikgu Tam memberikan kerja, aku dan Ann pasti akan menyiapkan kerja tersebut pada masa dan tarikh yang tepat. Disebabkan itu juga lah sampai sekarang Cikgu Tam amat mengenali aku.
                Tinggal beberapa hari lagi kami akan menduduki SPM. Waktu-waktu begimilah kami banyak menghabiskan masa dengan mengulang kaji, membuat latihan, berbincang bersama rakan-rakan dan bertanya kepada guru-guru. Namun begitu, kami tetap pergi ke library untuk mencari bahan rujukan, kadangkala kami akan menghabiskan masa di library sehingga waktu petang setelah sesi persekolahan waktu pagi telah tamat.
Suatu petang ketika di library…
                “Irrah jom kita pergi kantin, aku lapar,” ajak Ifah
                “Sekejap aku nak salin dulu doa ini” jawabku
                “Doa tentang apa tu?” soal Ifah ingin tahu
                “Doa untuk memohon kekuatan iman.” Jawabku
                “Oh! Ya kah. Tolong bacakan dulu” Pinta Ifah
“Doanya bermaksud begini: Ya Allah berikanlah aku keimanan yang sejati dan keyakinan yang tidak disusuli oleh kekufuran, dan berilah aku rahmat untuk memperoleh kemuliaan karomah-Mu di dunia dan di akhirat. Amin”
“Aku pun nak doa tu, tolong salinkan untuk aku boleh?”
“Ok! Nanti kalau aku rajin aku tuliskanlah untuk kau ye”
“Urm, bah marilah kita pergi kantin, kata tadi lapar kan?” ajakku
“Ya, jom perutku dah berkeroncong, mendendangkan lagu Isabella ni” gurau Iffah sambil tersenyum
“Kau ni Iffah ada-ada saja”
                Semasa menulis doa tersebut, aku teringat Ustazah Nor yang pernah berkongsi satu kata-kata hikmah yang beliau dapat melalui internet. Aku masih mengingati setiap bait-bait kata yang cuba disampaikan penulis dalam kata-kata hikmah tersebut, kerana ia banyak memberikan pengajaran dan nasihat kepada kami.
Kata-kata tersebut berbunyi begini:
Apasal la aku malas sembahyang.
Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom/ pula tu,
Siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Tuhan kasi aku otak supaya aku bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang.
Apasal la aku malas sembahyang.
Ingat masih muda remaja lambat padam?
Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang,
Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang,
Masa tu baca Fatihah pun 4 kali ulang.
Apasal la aku malas sembahyang.
Main bola aku  sanggup sampai petang,
Tak cukup siang, malam main futsal dan pentaque,
Tengok tv dan internet berjam-jam,
Apa? Ingat masuk syurga boleh berlenggang?
Apasal la aku malas sembahyang.
Kerja dah best, keluarga pun da ok, rumah tersergam,
Berkawan malam dan siang,
Tak kan lima minit lima waktu pun aku tak boleh luang.
Apasal la aku malas sembahyang.
Aku kena ingat, umur makin kurang,
Badan makin lemah, mata dah tak terang,
Pagi kita sihat, petang boleh kejang,
Pastu kita disembahyangkan.
Apasal la aku malas sembahyang.
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.
Siksa neraka aku tak terbayang,
Janji Allah pasti tertunai, tiada siapa boleh halang.
Apasal la aku malas sembahyang.
Setiap hujung tahun, sudah menjadi kebiasaan setiap kelas di Semta’c akan membuat majlis perpisahan dan tidak ketinggalan juga kelas kami.
11 November 2009.
Merupakan tarikh yang kami pilih untuk membuat majlis perpisahan, kebetulan pada tarikh itu juga merupakan tarikh lahir Eva. Kami sekelas telah merancang untuk menyambut hari lahirnya sekali serentak dengan majlis tersebut. Pagi itu aku datang awal ke sekolah.
“Selamat pagi Jack.” Sapaku
“Pagi juga Zinnirah” sambut Jack
“Jack mana dorang yang lain? Black, Ah Chong dan Mali mana? Dorang tak sampai lagi ka?” Soalku bertalu-bertalu
“Isk, isk Irrah kau ni kalau ya pun tanyalah satu-satu, tak terjawab dek Jack soalan kau tu nanti.” Sampuk Nissa dari arah belakang. Aku hanya tersengih.
“Dorang belum sampai lagi lah, Black dan Mali masih di hostel tengah sarapan, Ah Chong pula faham-fahamlah rumah dia kan jauh” jelas Jack
“Oh” jawabku sambil mengangguk-anggukan kepala tanda faham
“Urm, kau pula Nissa baru sampai kah?” soalanku beralih kepada Nissa
“Tak lah, aku sebenarnya tadi lagi sampai tapi terserempak dengan Lissa semasa pergi toilet tadi tu yang lama” terang Nissa
“Ok, jom kita kemas dan sapu kelas ni dulu sementara tunggu yang lain datang” ajakku kepada Nissa dan Jack
“Velyn, Adie, Eva, Tina, Bing, Ann, Ziah, Delynn, Wena dan Yati dah datang. Tapi Bella dan Thirah mana?” Tanya Nissa padaku
“Ya Allah, Nissa tak kan kau da lupa dorang berdua tu yang akan bawa makanan nanti”
“Oh, ya pula kan, aku lupa lah.” Kata Nissa menyedari kealpaannya
Alhamdulillah, akhirnya majlis perpisahan kami berjalan dengan lancar.
                18 November 2009. Merupakan hari pertama kami menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas pertama pada hari ini ialah Bahasa Melayu. Bermacam-macam reaksi pelajar boleh dilihat pada hari pertama peperiksaan, kelihatan ada diantara mereka yang masih membawa nota untuk dibaca sementara menunggu waktu peperiksaan bermula dan ada juga yang sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Pada mulanya aku berdebar-debar, tetapi sebelum masuk ke dewan peperiksaan aku teringat pesan mamaku.
“Sebelum masuk dewan, baca doa dan mulakan dengan kaki kanan.”
                10 Disember 2009. “Yeah! Bebas! Bebas! Merdeka! Merdeka! ” kedengaran jeritan kecil dari pelajar-pelajar yang telah selesi menduduki peperiksaan pada hari ini. Aku tersenyum, dalam hati aku bersyukur kerana telah selamat menduduki peperiksaan dan hari ini merupakan kertas terakhir bagi kelas kami. Sedang aku berdiri di koridor kelas, aku terdengar seseorang memanggil-manggil namaku.
“Zinnirah, Irrah” teriak suara itu
Aku menoleh kea rah suara itu. Aku melihat May tengah berdiri di tepi tangga.
                “Kenapa?” Sahutku
                “Happy Birthday” katanya separuh berbisik
                “Apa?” Tanyaku, kerana kurang mendengar apa yang cuba dikatakan oleh May
                “Happy Birthday” teriak May.
Baruku terdengar dengan jelas apa yang cuba dikatakannya tadi. Aku agak terkejut kerana May masih mengingati tarikh lahirku.
                “Thank You” jawabku sambil tersenyum
Tanpaku sedari ketika itu ada seseorang sedang memerhatikan aku dari arah tangga. Sementara menunggu kereta sewa, aku duduk dipondok berhampiran surau sekolah. Kebetulan Eqin, May, Wie dan Atui juga turut berada disitu. Tiba-tiba mereka menyanyikan lagu “Happy Birthday” untukku. Aku berasa segan dan malu kerana semua pelajar yang berada disekeliling kami tengah memerhatikan kami. Aku menyuruh mereka diam, tetapi mereka tak menghiraukan aku malah bertambah rancak mereka menyanyi. Aku hanya diam dan tersenyum melihat mereka. Dalam hati aku sungguh terharu, kerana mereka masih mengingati tarikh lahirku.
                21 Mac 2010. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu telah tiba, debaran jelas terasa didalam dada, seminggu sebelum tarikh ini, semuanya menjadi serba tak kena, tidur tak lena, makan tak kenyang kerana asyik teringat akan keputusan yang bakal diterima nanti. Pada hari pertama keputusan keluar, aku tidak merancang untuk mengambil keputusan peperiksaanku. Tambahan pula, ketika itu aku sedang mengikuti kelas jahitan dan tidak memakai seragam sekolah.
Ketika pulang dari kelas jahitan, tiba-tiba…
“Jom kita ambil result kau” kata papa
Aku terkejut mendengar apa yang bapaku katakan. Bermacam-macam alasan ku bagi.
                “Kalau kau tak boleh ambil, biar papa yang ambil untuk kau” kata papa.
 Aku mati akal dan tak tahu nak bagi alasan apa lagi kepada bapaku, aku hanya diam dan menganggukan kepala, walaupun sebenarnya dalam hati aku takut dan belum bersedia untuk mengambil keputusan peperiksaanku itu. Semasa sampai ke sekolah aku melihat ramai pelajar datang untuk mengambil keputusan mereka. Aku bertambah berdebar-debar, tetapi sempat juga aku bertanyakan keputusan kawanku semasa berselisih dengannya.
                “Nis result kau berapa?” tanyaku pada Anis
                “Aku dapat 4A jak, kau pula?”
                “Aku belum ambil, baru nak ambil.”
                “Tahniah ya” ucapku
                “Ya, terima kasih” jawabnya sambil tersenyum
Kebetulan semasa hendak masuk ke pintu utama bangunan sekolah, Cikgu Elizy melihatku.
                “Ah, Zinnirah mari sini ikut cikgu” arah cikgu padaku
                “Pa, bilik guru disini” kataku pada Papa
Sedang Cikgu Elizy sibuk mencari slip keputusanku, aku pula sibuk menanyakan tentang keputusan Prinsip Akaunku.
                “Cikgu result akaun saya berapa?”
                “Ah, ni result kamu, tengoklah” kta Cikgu sambil memberikan slip kepadaku
Aku tidak melihat kepada keseluruhan keputusanku , tetapi aku terus mencari keputusan Prinsip Akaunku.
                “Tahniah, Zinnirah kau mendapat 4A termasuk subjek Akaun” ucap cikgu
                “Terima kasih cikgu” ucapku dengan gembira dan mencium tangan cikgu
Aku sangat gembira ketika itu. Papa pun turut gembira melihat keputusanku walaupun cuma mendapat 4A sahaja tapi aku bersyukur kerana lulus dengan cemerlang.
                Dua tahun telah berlalu. Kenangan dan saat-saat ketika itulah yang tak akan dapatku lupakan sepanjang bersekolah di Semta’c. Sekarang ini pula aku akan menduduki pepriksaan STPM dan aku masih lagi bersekolah disini. Tahun inilah merupakan tahun terakhir aku bersekolah disini. Aku berdoa semoga aku dan rakan-rakan seperjuanganku mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM pada tahun ini. Amin.
                Jika pada ketika dahulu kami kerap menghabiskan masa dilibrary untuk membaca dan mencari bahan rujukan, tetapi pada tahun ini kami banyak menghabiskan masa dikelas. Tambahan pula, sepanjang tahun ini library dalam proses penambahbaikan. Walaupun begitu, keadaan ini tidak menghalang pihak sekolah untuk mengadakan bermacam-macam pertandingan seperti Teka silang kata, pertandingan membaca buku terbanyak, menulis cerpen dan sebagainya. Aktiviti seperti ini lah yang dinanti-nantikan oleh para pelajar, terutamanya bagi mereka yang memnag kaki library.
                Kaki library? (Sambil tersenyum)
Bercakap pasal kaki library ni aku teringat tentang sebuah novel yang pernah aku baca suatu ketika dahulu, yang bertajuk “Lagenda Budak Setan.” Ceritanya mengisahkan empat orang pelajar lelaki yang nakal dan suka mengenakan rakan-rakan dan guru mereka. Kita kena hati-hati tau kalau terserempak dengan pelajar sebegini. Mereka telah mengenakan rakan mereka yang bernama Siti. Memandangkan Siti ni kaki library, semua orang di sekolah mereka tahu Siti dan library tak dapat dipisahkan. Kalau ditanyakan kepada Siti tentang tajuk buku dan dimana letaknya buku tersebut pasti dengan sekelip mata sahaja dia dapat tunjukkan buku tersebut. Tibalah suatu hari ini, Siti telah mendapat sekeping nota:
                “Siti tolong bawakan Cikgu buku rujukan Geografi Asia Tenggara oleh Prof. Abdullah Wahid. Loga!”
Tanpa membuang masa Siti ke library dan mencarikan buku yang dipinta. Menjelang waktu minum petang, Siti naik ke bilik guru dan meletakkan buku itu diatas meja Cikgu Loga. Dan…
Semasa Cikgu Loga kembali ke mejanya, dia hairan melihat buku itu. Dia membeleknya dan menemukan sekeping nota dibahagian tengah. Surat itu berbunyi:
                “I Love You Loga. Keep this as our secret. Siti!”
Terigat cerita itu aku tersenyum sendirian. Aku terfikir bagaimana agaknya jika ada pelajar yang nakal seperti itu di sekolah kami, pasti huru-hara Semta’c jadinya nanti.
                Tok..tok..
Kedengaran bunyi ketukan dipintu bilikku. Lamunanku terhenti serta-merta dan semua kenangan lama berterbangan dari kotak fikiranku. Aku beristighfar.
                “Zinnirah, mari makan.” Panggil Mamaku
                “Ya, Mummy kejap lagi Irrah keluar.” Sahutku dari dalam bilik
Aku beristighfar. “Jauhnya aku mengelamun.” Kataku dalam hati

                ~Tamat~

Wednesday 2 July 2014

Resepi Hari Ini....

Assalamualaikum..
Di bulan Ramadhan ni mesti ramai yang da terfikir nak buat biskut apa untuk raya kali ini kan? 
Ibu-ibu dan kakak-kakak diluar sana mesti tercari-cari resepi biskut yang mudah dan senang dibuat kan?
mungkin ada diantara kita yang lebih suka membeli biskut diluar dan mungkin ada juga yang lebih gemar buat sendiri terutamanya ibu-ibu dan kakak-kakak suri rumah kita. 
My mom pun lebih suka buat biskut sendiri, dan setiap tahun saya dan adik-beradik akan bantu mummy untuk buat biskut...
tahun ni tak tahu nak buat biskut apa,
tapi tetiba teringat pula resepi biskut yang pernah saya pelajari...
Oleh itu... Ramadhan kali ini saya nak kongsikan beberapa resepi biskut yang pernah saya pelajari suatu ketika dahulu... 
Biskut ni sememangnya mudah dan senang dibuat....
InshaAllah jika dibuat dengan hati yang ikhlas pasti biskut yang dibuat akan menjadi sedap... : )

Biskut Red Eye Susan
Bahan-bahan:

260 g         tepung gandum*
1/2  tsp      baking powder *
secubit       garam *
250 gm      butter
125 gm      gula castor
1 tsp          esen vanilla
1 biji          kuning telur

HIASAN :

1 biji putih telur, & jem strawberry secukupnya.........



Cara-cara  

1.  Ayak  bahan-bahan  yang  bertanda * & ketepikan.
2.  Pukul butter & gula hingga sebati.
3.  Masukkan kuning telur & terus kacau.
4.  Masukkan esen vanilla & terus kacau.
5.  Kaup balikkan adunan tepung kedlm butter & uli sedikit sehingga menjadi  

     doh yg lembut.
6.  Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil & bulat-bulatkan(utk bentuk yg sama).
7.  Celup permukaan ats biskut dlm putih telur & celup dlm almond nibs.
8.  Susun biskut dalam dulang  & buatkan lubang tengah & paipkan jem kedalam

      lubang (guna jari @ hujung senduk  kayu buat lubang ditengah2 biskut)
10. Bakar suhu oven 170-180c selama 20-30 minit @ sehingga masak ikut suhu  oven masing- masing.

~Selamat Mencuba =) ~


Marhaban Ya Ramadhan !!!


Alhamdulillah,
hari ini da hari ke-4 kita menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini,
masih belum terlambat untuk saya mengucapkan 
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN"
kepada semua umat islam.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua,
rebutlah peluang untuk memperbanyakkan beramal ibadah dan melakukan kebaikan di bulan yang mulia ini,
semoga kita semua memperolehi pahala yang berlipat ganda Dari-Nya.
Amin.





















Friday 28 February 2014

~SOLUSI~

HADIS QUDSI
SIFIR SYURGA-NERAKA



“Setelah diciptakan Syurga, Allah mengarahkan Jibrail: ‘Pergilah meninjau Syurga!’
            Maka Jibrail pergi kemudian kembali. Jibrail berkata: ‘Wahai Tuhanku, demi keagungan-Mu, tiada seorang pun yang mengetahui tentang Syurga melainkan pasti ingin memasukinya!’
            Kemudian Allah “memagari” Syurga dengan segala perkara yang tidak disukai.
            ‘Wahai Jibrail, pergilah meninjaunya.’
            Maka Jibrail pun pergi kemudian kembali semula.
            ‘Wahai Tuhanku, demi keagungan-Mu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun yang akan memasukinya!’
            Kemudian Allah  menciptakan Neraka.
Allah mengarahkan: ‘Wahai Jibrail, pergilah meninjau Neraka!’
            Maka Jibrail pergi, kemudian kembali.
Sekembalinya Jibrail berkata: ‘Wahai Tuhanku, demi keagungan-Mu, tiada seorang pun yang mengetahui tentang Neraka ingin memasukinya.’
            Kemudian Allah “memagari” Neraka dengan segala perkara yang disukai.
            ‘Wahai Jibrail, pergilah meninjaunya.’
            Maka Jibrail pergi kemudian kembali semula.
            ‘Wahai Tuhanku, demi keagungan-Mu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun yang tinggal melainkan semua masuk kedalamnya!’”

(RIWAYAT ABU DAWUD)

-Solusi Edisi Khas (No.64)- 

Thursday 13 February 2014

~Puisi Cinta~

 
 
Cinta Buta
 
Mereka berkata cinta itu buta,
Manusia sanggup buat apa sahaja,
Untuk cinta mereka,
Sedangkan kenyataannya,
Mereka yang mencipta definisi itu,
 
Merelakan cinta mereka jadi buta,
Membenarkan pintu hati tertutup,
Ditutupi oleh cinta palsu,
Membenarkan mata ditutup,
Ditutup dengan tabir cinta dusta,
 
Mereka kata cinta itu buta,
Sesudah mereka menutup semuanya,
Sedangkan mereka yang buta,
Membutakan cinta dengan hati dan mata yang buta.. 
 
~Fatihah~
K.B
12214
1241

Sunday 29 September 2013

Terlintas fikiran>>>>

DEKAN??????? Kadang2 pernah juga terfikir mahu dapat gelaran dekan... Sapa yang x nak kan??? jadi the best student... dapat anugerah... yang penting target nak dapat firt class time graduate nanti... tapi.... aku tak tahu bila lah aku boleh dapat gelaran tu.. apa yang aku tahu aku da berusaha sedaya mampuku untuk mendapatkan yang terbaik.. namun...hanya ini sahaja yang aku dapat... aku tak kan pernah putus asa... aku tak kan lemah semangat.. kerana aku tahu, semua yang aku dapat sekarang ini lah yang terbaik buatku.. kerana aku yakin setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... Aku yakin pasti Allah telah merancanakan sesuatu yang lebih baik untuk masa depanku... mungkin bukan sekarang untuk aku merasa kemanisan itu....kerana Aku yakin Allah sentiasa ada bersama hamba-hambaNya yang sentiasa ingat padaNya...

Friday 26 April 2013

~Ada Hikmahnya~

Alhamdulillah.. Ya Allah....
Ada hikmahnya aku x terpilih untuk menyertai kursus keusahawanan tempoh hari...
pada mulanya hati ini sedih...=(
Tapi aku cuba untuk memujuk hati ini supaya yakin diatas segala ketentuan-Mu...
Kerana aku yakin pasti Engkau telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku...
dan......
semua itu telah terbukti Ya Allah...
Terima Kasih...=)
Engkau telah menghadiahkan aku keluarga, kawan2, dan pengalaman yang tak kan dapat ku lupakan...

Kg Lambidan Menumbok...
tempat yang banyak memberikan aku pengalaman yang menarik...
banyak perkara telah ku pelajari sepanjang berada 4 hari 3 malam (10-13/4/2013) di sana....
Belajar berdikari, menghormati, berkomunikasi, bantu-membantu, menjalankan tanggungjawab dan banyak lagi.... 
x dapat ku nak senaraikan.... =D

Semasa membuat catatan ini terbayang-bayang wajah Ayah dan Ibu angkat yang baik dan sporting...(Ayah Alli dan Ibu Diwi) ..
hanya Allah yang dapat membalas budi baik ayah dan ibu yang sanggup menerima kami berlima (Abg Jazz, Abg Jamal, Vesto, Siew dan aku sendiri) yang sanggup melayan kami, menyediakan makanan untuk kami walaupun sememangnya ayah dan ibu sudah cukup sibuk dengan aktiviti harian, namun masih jua mempunyai masa untuk kami berlima...hanya Allah saja yang dapat membalas budibaik ibu dan ayah.



Tidak dapatku lupakan wajah adik2 yg comel n pintar2 belaka:
(Lyd Iqbal, Nur Ain Aliya, Alwi Dzakwan dan Icha)....gembira dapat jumpa korang...Akak doakan semoga korang dapat menjadi anak yang soleh dan soleha juga bejaya dalm pelajaran...jangan hampakan harapan ayah n ibu ok...

Tak lupa juga buat nenek yang ceria, kuat semangat dan sesiapa yang berbicara dengan beliau pasti tak akan segan punya..pasti ada saja bahan yang hendak diceritakan...semoga nenek sentiasa sihat dan panjang umur.

Buat adik2 angkatku yang lain (Erin, Anika, Zul, Eimi dan Nizam)..akak doakn agar korang dapat mencapai cita2 korang, supaya dapat membanggakan kedua ibubapa, guru2 dan juga org kg lambidan..

Buat penduduk kg lambidan..terima kasih kerana telah menerima kami semua seadanya..
terima kasih kerana melayan kami dengan baik...
terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri kehidupan orang2 di sana..
terima kasih di atas kerjasama yang diberikan...
tak kan dapat kami lupakan semuanya...

Semoga Allah memberkati semua penduduk di kg lambidan...amin