LAMUNAN TERHENTI…
Sedang
duduk bersendirian di dalam bilik , tiba-tiba kenangan masa lalu menjelma
diingatanku.
Pada ketika itu...
Suasana
tenang lagi nyaman, di kejauhan kedengaran bunyi ombak yang menghempas pantai.
Sesekali angin bertiup kencang. Bunyi kokokan ayam yang kedengaran menandakan
hari sudah menyinsing siang.
Tiba-tiba...
Kedengaran bunyi tombol pintu dipulas. Aku menoleh
kearah pintu. Aku sangka kan mama yang datang, rupa-rupanya Kak Saera pula.
“Zinnirah da solat subuh
kah?” tanya Kak Saera.
“Irrah dah solat, sekarang
ni nak siap-siap tukar baju da.”
“Akak pula kenapa pakai
baju tidur lagi ni? Tak nak pegi sekolah kah?” soalku
“Pergi. Kejap lagi akak
tukar lah, nak siapkan dulu keja ni.”
“Akak tak kan keja tu tak
siap-siap lagi dari tadi?”
“Nak siap lah ni.”
“Ok, Irrah tunggu kat bawah
tau , jangan pula akak lambat nanti kereta sewa sampai, tiap hari kita jak yang
ditunggu, malu lah kak, kang bila Pakcik tu bosan menunggu ditinggalnya kita baru padan muka.”
“Eya, kau ni pagi-pagi dah
bising macam mak nenek, hehehe.” komen Kak Saera sambil ketawa kecil.
Sebenarnya aku bukannya nak
membebelkan Kak Saera tu, tapi kalau dah setiap hari begitu naik bosan lah aku
juga. Risau juga Pakcik pemandu tu bosan menunggu, nanti tak pasal-pasal dia
tinggalkan kami, kan kami juga yang susah nanti.
Kak Saera merupakan anak
sulung dalam keluarga, manakala aku anak kedua dan kami masih mempunyai dua
orang adik. Seorang lelaki, adik Man yang kini bersekolah di tingkatan 3 dan
adik yang bongsu, Yasmin baru berumur 5 tahun. Kebetulan tahun ini kami bertiga
akan menduduki peperiksaan pada hujung
tahun nanti. Kak Saera akan mengambil STPM, aku pula SPM dan Adik Man PMR.
Seronok rasanya bila dapat
bertemu kembali kawan-kawan di sekolah. Walaupun cuti semester hanya seminggu tetapi terasa seperti
setahun lamanya. Begitulah yang aku dan Ann rasakan setiap kali cuti sekolah. Cuti
semester yang hanya seminggu kami rasakan sudah setahun lamanya kami tidak
berjumpa. Padahal setiap hari berjumpa di kelas, duduk semeja lagi tu. Isk…isk…
(sambil menggeleng kepala), Nampak sangat perangai kebudak-budakkan kami
berdua. Tapi tu lah perkara yang menyeronokkan bagi kami, sampai tak mahu
ponteng sekolah walau sehari, bukannya excited nak belajar pun tapi kerana nak
berjumpa dan habiskan masa berbual tentang kisah kemarin sementara menunggu
lonceng pertama berbunyi. Pasti ada saja
cerita terbaru yang nak dibualkan oleh kami berdua dan ini juga lah rutin harian
kami. Masa pertama awal pagi ini adalah subjek Prinsip Akaun yang diajar oleh
Cikgu Elizy yang merangkap guru kelas kami.
“Selamat pagi cikgu.”
Ucapan selamat pagi dimulakan oleh ketua kelas kami, Ah Chong dengan nada
menyanyi sama seperti dalam cerita kanak-kanak yang tengah popular sekarang ni
“Upin Ipin” dan dituruti oleh kami semua.
“Ya, selamat pagi juga
murid-murid.” Jawab Cikgu Elizy dengan nada bergurau. Kami semua tertawa.
“Pandai juga cikgu ni
bergurau .” Detik hatiku, sambil tersenyum.
“Baiklah sila keluarkan
fail anda semua.” Arah cikgu Elizy.
Semua pelajar menurut
perintah. Mereka mengeluarkan fail masing-masing, kecuali aku yang masih
terpinga-pinga kerana terkejut ketika melihat cikgu Elizy memasuki kelas kami.
“Irah fail kau mana?” Tanya
Ann padaku.
“Ann macamana ni? Betulkah
hari ini ada subjek Prinsip Akaun? Hari ni hari apa ya?” Tanyaku bertalu-talu.
“Ya Allah, Irah hari ni kan
rabu mestilah ada Prinsip Akaun, nah tengok jadual ni!”
“Astagfirullahalazim, Ann
aku salah tengok jadual lah semalam aku ingatkan hari ini khamis. Habislah Ann”
kataku dengan nada risau.
“Erm, tak pa kau jumpalah
cikgu tu then cakaplah kat cikgu yang kau terlupa bawa fail, alah tak payah
risaulah kau tu kan pelajar kesayangan cikgu.” Kata Ann sambil mengenyit mata
“Banyak lah kau pelajar
kesayangan cikgu konon.” Balasku sambil menjelirkan lidah, terus berlalu
meninggalkan Ann.
“Cikgu saya minta maaf.”
“Kenapa ni Zinnirah tetiba
nak minta maaf kat cikgu pula?” Tanya cikgu kehairanan
“Sebenarnya saya terlupa bawa
fail, sebab semalam saya tersalah tengok jadual cikgu, saya ingatkan hari ini
khamis.” Terangku
Sambil tersenyum cikgu
melihat kearahku. “Urm, tak apa Zinnirah lain kali tengok jadual tu elok-elok
jangan sampai tersilap lagi.”
“Baik cikgu, terima kasih.”
Kataku sambil tersenyum
Aku kembali duduk ke tempatku dengan wajah sedih, Ann
berasa hairan melihatku.
“Kau kenapa Irah? Cikgu
marahkah?” Soal Ann padaku ingin tahu
“Eh, kau kenapa diam jak
ni?” soal Ann lagi tidak puas hati
padaku kerana aku hanya mendiamkan diri.
“Hahahhahhah.” Aku tertawa
kerana dapat mengenakan Ann
“Gila! aku ingat kau kenapa
jak tadi.” Marah Ann padaku
“Padan muka! Siapa suruh
kau kan selalu kenakan aku, hari ini kita satu sama tau. Hehehe” kataku dan
ketawa sambil menjelirkan lidah
Aku berasa lega sangat bila cikgu hanya tersenyum padaku
bila aku memberitahu tentang fail aku yang tertinggal di rumah. Sebenarnya aku
tahu Cikgu Elizy tidak akan memarahi aku, tapi bukan kerana aku ni pelajar
kesayangan cikgu seperti yang Ann katakan tadi sebab aku tahu Cikgu Elizy
seorang guru yang penyayang dan sangat memahami pelajarnya. Walaupun, Cikgu
Elizy pernah memarahi dan membuang kesemua fail kami di lantai disebabkan Black
tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh cikgu semasa cuti semester tahun lalu,
kami tidak pernah ambil hati sebab kami tahu cikgu buat begitu kerana dia
sayangkan kami. Aku masih teringat dan masih terngiang-ngiang suara cikgu
ketika itu…
“Tidak ada guru yang tak
sayangkan pelajarnya. Cikgu marah kamu supaya kamu belajar bersungguh-sungguh.
Cikgu tidak akan dapat mengubah masa depan kamu, tetapi kamulah yang akan
mengubah masa depan kamu sendiri. Kalau kamu tidak menyiapkan kerja yang cikgu
bagi tiada guna kamu berpenat lelah seharian di sekolah dengan hanya membuang
masa saja,”
“Pelajar yang pandai bukan
kerana dia lur biasa, tetapi kerana dia belajar luar biasa!”
“Kamu jangan pernah
berputus asa, kerana winner never quit and the quitter never win. Ingat
kata-kata cikgu tu.” kata cikgu pada kami semua.
Kata-kata semangat dari cikgu itu lah juga menjadi
pembakar semangat kami semua. Sehingga kini kata-kata Cikgu Elizy masih
tersemat diingatanku.
Setiap kali waktu rehat aku
dan Ann jarang sekali turun ke kantin. Biasanya kami akan menghabiskan masa di
library untuk membaca buku dan mencari bahan rujukan. Kadangkala aku dan Ann
akan terserempak Fatah dan rakan-rakannya. Mereka merupakan pelajar kelas ERT
yang hanya bersebelahan dengan kelas PA iaitu kelas kami. Mereka ni boleh dikategorikan
sebagai pelajar yang agak nakal juga, terutamanya Adi dan Azril. Mereka berdua
sangat suka mengusik rakan-rakan perempuan mereka. Namun begitu, mereka tidak
pernah melanggar peraturan sekolah. Mereka sebenarnya agak disukai juga oleh
rakan-rakan mereka, kerana mereka sangat suka membantu rakan mereka yang dalam
kesusahan. Berbeza dengan Fatah, dia agak pendiam dan pemalu orangnya. Namun
begitu, adakalanya pandai juga mengusik orang.
Aku teringat ketika aku dan
Ann hendak masuk ke kelas. Kami dihalang oleh seseorang ditangga. Apabila aku
menoleh ke atas aku terkejut melihat Fatah, rupa-rupanya Fatah yang menghalang
kami. Dia berlagak seolah-olah sedang mengikat tali kasut sambil kakinya
diletakkan di atas pagar. Aku hanya terdiam melihat dia, kerana dalam hatiku
hanya Tuhan saja yang tahu.
“Isk…isk…Kau ni Fatah kalau
ya pun nak betulkan tali kasut tu cepat-cepatlah, kami nak naik ni.” Bebel Ann.
“Sekejaplah, susah sangat
nak ikat tali kasut ni.” Jawab Fatah dengan selamber
Azril yang turut berada disitu hanya tersenyum melihat
kelakuan temannya itu. Aku dapat rasakan yang Azril sebenarnya tahu bahawa
Fatah sengaja berkelakuan begitu kerana mahu mengusik kami. Aku memandang Azril
dan turut tersenyum, walaupun dalam hati sebenarnya aku geram sangat kat Fatah.
Pernah
suatu hari aku, Ann, Ifah dan Fidah sedang belajar di library, tiba-tiba datang
seorang pelajar lelaki ke tempat duduk kami. Pada mulanya aku tak perasan siapa
orang itu, tapi aku terdengar suranya memanggil nama Ann.
“Ann…Ann…”
Aku menoleh kearah orang itu. Kali ni bukan Fatah yang
datang mengusik tapi Adi. Aku dah agak kalau Adi datang tak bukan dan tak
lainnya nak mengusik aku ngan Ann lah tu. Aku hanya diam dan berpura-pura tidak
perasan akan kedatangan dia
“Ann
kau marah aku ka? Kenapa kau tak nak bercakap dengan aku?” Tanya Adi
Ann hanya tersenyum.
“Kau ni datang nak mengacau
aku atau..”
Belum sempat Ann menghabiskan kata-katanya Adi terus
menyampuk.
“Dua-dua
sekali.” Kata Adi tersenyum sambil matanya melirik ke arahku.
Aku perasan dia merenungku, tetapi aku hanya buat tak
tahu seolah-olah tidak mendengar apa yang katakan olehnya tadi.
Tiba-tiba…
Datang
seorang teman Adi dan duduk bersebelahan dengan Ifah. Aku menyangka Azril yang
datang, kerana biasanya Azril dan Adi sentiasa bersama. Apabila aku memandang
ke arah orang itu, aku terkejut dan terkedu melihat Fatah sedang duduk disitu.
Aku hanya menulis dan terus menulis kerana ingin menutup rasa gementar di
dadaku. Aku tidak peduli akan kehadiran dua orang kaum Adam itu dihadapanku. Tetapi
dalam khusyuk menulis, aku masih boleh mendengar perbualan mereka bersama Ann.
Kerana hanya Ann sahaja yang rapat dan sanggup melayan karenah mereka. Kalau
aku, tak kuasa aku nak melayan mereka.
Tiba-tiba…
Ann menyiku tanganku
seolahh-olah memberi isyarat kepadaku tentang apa yang diperkatakan oleh Adi.
Tetapi ketika itu aku tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Adi. Aku hanya
diam dan teruus menulis tanpa memberi respon kepada Ann.
Tiba-tiba …
Terdengar
suara Fatah berbicara. “Nah, tambah speed dia menulis tau.” Sindir Fatah
Aku tidak memandang Fatah, kerana aku tahu Fatah sedang
menyindir aku kerana tidak mempedulikan mereka. Sebenarnya tanpa mereka sedari
Ifah menendang kakiku dibawah meja dan aku membalasnya. Ifah tersenyum kepadaku
kerana dia tahu dengan cara mendiamkan diri sahaja aku mampu mengawal
perasaanku itu. Kerana Ifah sangat memahami aku.
Suatu pagi, dalam library…
“Irrah
waktu rehat dah tamatlah, jom kita masuk kelas.” Ajak Ann
“Eya,
kejap aku nak salin dulu kata-kata hikmah ni. Kata-katanya syok tau, rugi kalau
tak salin.” Balasku.
“Isk,
kau ni tak habis-habis dengan kata-kata hikmah kau tu, dari dulu sampai
sekarang tak pandai nak berubah. Ok
lah, aku tunggu kau kat luar, kau jangan pula duduk lama-lama dalam ni tau.”
“Ok
bos!” jawabku dengan nada bergurau
Aku memang sangat suka menulis kata-kata hikmah ni,
sejak dari tingkatan tiga lagi aku dah mula mengumpul dan menulis kata-kata hikmah ni. Masuk tahun
ni dah lima buah buku koleksi kata-kata
hikmahku.
Aku
teringat semasa di tingkatan tiga aku sangat suka membaca buku-buku motivasi.
Dulu ada sebuah buku yang aku sangat suka baca. Buku tu bertajuk
“TERSENYUMLAH”, seperti tajuknya begitulah isi didalamnya. Sesiapa yang membaca
buku ni pasti akan tersenyum kerana setiap bait-bait kata dan cerita yang
disampaikan oleh si penulis mampu membuat si pembaca tersenyum dan dapat
melupakan segala duka dihati. Dulu setiap kali lepas membaca buku tu aku akan
sembunyikan dan meletaknya ditempat yang tak akan ada orang jumpa, supaya bila
aku datang kembali ke library untuk membaca buku tu mudah untukku mencarinya.
Tapi lama-kelamaan buku tu dah tak dapat dijumpai, aku sangat sedih masa tu.
“Mungkin buku tu ada yang
ambil,” bisik hati kecilku
Kerana aku tahu ramai
pelajar sangat suka membaca buku tu. Malah, guru-guru pun suka membaca buku tu.
Memang pantaslah buku tu hilang.
“Jika aku diberi peluang,
aku pasti ingin memiliki buku tu nanti.” Kataku dalam hati
Suatu hari, diwaktu tengah hari…
“Eh,
Zinnirah, Ann korang nak pergi mana?” Tanya Ah Chong
“Ops,
lupa nak bagitahu kami nak pulang. Nanti kau tolong bagitahu Sir Mike, kami
pulang awal ada hal nak buat ok! ” Kataku kepada Ah Chong
Ah Chong hanya mengangguk dan tersenyum kepada kami, kerana
dia tahu hari ini aku akan mengikuti kelas tuisyen di pekan KB, manakala Ann
pula terpaksa pulang awal kerana sukar untuk mendapatkan kenderaan untuk pulang
ke rumahnya. Memandangkan rumah Ann terletak di pekan KB, aku dan Ann berjalan
bersama-sama pergi ke pekan. Tanpa aku sedari sedang berbual-bual dengan Ah
Chong ada seseorang sedang memerhatikan aku.
Pada
hari ini, merupakan hari pertama aku mengikuti kelas tuisyen di pusat tuisyen
Yayasan. Oleh kerana masih awal aku menuju ke Perpustakaan Daerah KB. Sementara
menunggu kelas bermula jam 2 petang nanti. Aku menghabiskan masa dengan membaca
buku. Sejurus sahaja aku memasuki kelas, aku diminta memperkenalkan diri dan
sekolahku. Aku berasa senang berada didalam kelas itu, kerana gurunya sangat
baik dan pelajarnya juga peramah. Pada hari pertama ni juga aku telah mendapat
dua orang teman, Suzie dan Ili. Mereka merupakan pelajar dari SMK Arshad,
mereka sangat baik dan hanya beberapa hari saja kami dah mula rapat. Sehingga
kini persahabatan kami masih kekal lagi.
Teringat
kembali ketika aku berada ditingkatan 4, aku dan Ann agak nakal. Setiap kali
Cikgu Tam mengajar subjek Sains dalam kelas, kami tak pernah mengambil
perhatian terhadap apa yang diajarnya. Sebaliknya, kami hanya suka mendengar
lagu dan bercerita kosong. Sehinggalah pada suatu hari, aku dan Ann meminta
kebenaran untuk keluar ke toilet.
“Cikgu
boleh kami keluar? kami nak ke tandas.” Tanyaku dengan sopan meminta izin.
“Tidak
boleh!” jawab Cikgu Tam
Aku agak terkejut dengan jawapan itu.
“Kenapa
pula cikgu?” soalku
“Cikgu tak benarkan kamu
keluar kerana cikgu tahu, kalau cikgu benarkan kamu keluar kamu tak pergi
toilet tapi kamu bercerita di tangga tu kan?” terang Cikgu pada kami sambil
menunjuk kearah tangga.
Aku tersenyum, dalam hati aku berkata “habislah kantoi
dah.”
“Tak
lah Cikgu kali ni kami benar-benar serius nak pergi toilet.” Terangku untuk
meyakinkan Cikgu Tam
“Betul tu Cikgu, kami tak
main-main.” Tambah Ann lagi. Sedangkan dalam hati kami berdua sedang menahan
ketawa.
“Baiklah, Cikgu benarkan
kamu keluar. Tapi kamu jangan pula bercerita ditangga tu nanti ok!” kata Cikgu
sambil menoleh kearah tangga.
“Terima kasih cikgu.”
Ucapku dan Ann serentak, sambil tersenyum.
“Ahahahhaaha” meledak
tawaku dan Ann setelah sampai ke tandas hingga mengejutkan pelajar lain yang
berada di tandas tersebut.
“Habislah kita Irrah,
kantoi habis.” Kata Ann
“Hehehe, padan muka kita
kan?” jawabku
“Eya
lah, agaknya cikgu perasan tu kita selalu bercerita.” Kata Ann
Memang betul lah apa yang Cikgu Tam cakap tu. Sebab Cikgu Tam selalu terserempak aku dan Ann bercerita ditangga. Tambahan
lagi, aku dan Ann selalu masuk lewat dalam kelas Cikgu Tam terutamanya, bila
kelas Cikgu Tam bermula selepas waktu rehat. Kerana aku dan Ann pasti akan
mengambil masa 5 hingga 10 minit untuk membaca buku di library sebelum masuk ke
kelas cikgu Tam. Tapi walaupun aku dan Ann terkenal dengan kenakalan kami,
setiap kali Cikgu Tam memberikan kerja, aku dan Ann pasti akan menyiapkan kerja
tersebut pada masa dan tarikh yang tepat. Disebabkan itu juga lah sampai
sekarang Cikgu Tam amat mengenali aku.
Tinggal
beberapa hari lagi kami akan menduduki SPM. Waktu-waktu begimilah kami banyak
menghabiskan masa dengan mengulang kaji, membuat latihan, berbincang bersama
rakan-rakan dan bertanya kepada guru-guru. Namun begitu, kami tetap pergi ke
library untuk mencari bahan rujukan, kadangkala kami akan menghabiskan masa di
library sehingga waktu petang setelah sesi persekolahan waktu pagi telah tamat.
Suatu petang ketika di library…
“Irrah
jom kita pergi kantin, aku lapar,” ajak Ifah
“Sekejap
aku nak salin dulu doa ini” jawabku
“Doa
tentang apa tu?” soal Ifah ingin tahu
“Doa
untuk memohon kekuatan iman.” Jawabku
“Oh!
Ya kah. Tolong bacakan dulu” Pinta Ifah
“Doanya bermaksud begini:
Ya Allah berikanlah aku keimanan yang sejati dan keyakinan yang tidak disusuli
oleh kekufuran, dan berilah aku rahmat untuk memperoleh kemuliaan karomah-Mu di
dunia dan di akhirat. Amin”
“Aku pun nak doa tu, tolong
salinkan untuk aku boleh?”
“Ok! Nanti kalau aku rajin
aku tuliskanlah untuk kau ye”
“Urm, bah marilah kita
pergi kantin, kata tadi lapar kan?” ajakku
“Ya, jom perutku dah
berkeroncong, mendendangkan lagu Isabella ni” gurau Iffah sambil tersenyum
“Kau ni Iffah ada-ada saja”
Semasa menulis doa tersebut, aku teringat Ustazah Nor
yang pernah berkongsi satu kata-kata hikmah yang beliau dapat melalui internet.
Aku masih mengingati setiap bait-bait kata yang cuba disampaikan penulis dalam
kata-kata hikmah tersebut, kerana ia banyak memberikan pengajaran dan nasihat
kepada kami.
Kata-kata tersebut berbunyi
begini:
Apasal
la aku malas sembahyang.
Tuhan
kasi aku jasad, sihat, hensom/ pula tu,
Siap
dengan bayang-bayang,
Bukan
ke lebih beruntung daripada tiang,
Tuhan
kasi aku otak supaya aku bangang,
Tuhan
kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan
kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang,
Tuhan
kasi nikmat kenapa aku tak kenang.
Apasal
la aku malas sembahyang.
Ingat
masih muda remaja lambat padam?
Tapi
mat motor pun ramai yang terbungkang,
Nak
tunggu tua baru ingat tikar sembahyang,
Masa
tu baca Fatihah pun 4 kali ulang.
Apasal
la aku malas sembahyang.
Main
bola aku sanggup sampai petang,
Tak
cukup siang, malam main futsal dan pentaque,
Tengok
tv dan internet berjam-jam,
Apa?
Ingat masuk syurga boleh berlenggang?
Apasal
la aku malas sembahyang.
Kerja
dah best, keluarga pun da ok, rumah tersergam,
Berkawan
malam dan siang,
Tak
kan lima minit lima waktu pun aku tak boleh luang.
Apasal
la aku malas sembahyang.
Aku
kena ingat, umur makin kurang,
Badan
makin lemah, mata dah tak terang,
Pagi
kita sihat, petang boleh kejang,
Pastu
kita disembahyangkan.
Apasal
la aku malas sembahyang.
Nanti
dalam kubur kena balun sorang-sorang.
Siksa
neraka aku tak terbayang,
Janji
Allah pasti tertunai, tiada siapa boleh halang.
Apasal
la aku malas sembahyang.
Setiap hujung tahun, sudah
menjadi kebiasaan setiap kelas di Semta’c akan membuat majlis perpisahan dan
tidak ketinggalan juga kelas kami.
11 November 2009.
Merupakan tarikh yang kami
pilih untuk membuat majlis perpisahan, kebetulan pada tarikh itu juga merupakan
tarikh lahir Eva. Kami sekelas telah merancang untuk menyambut hari lahirnya
sekali serentak dengan majlis tersebut. Pagi itu aku datang awal ke sekolah.
“Selamat pagi Jack.” Sapaku
“Pagi juga Zinnirah” sambut
Jack
“Jack mana dorang yang lain?
Black, Ah Chong dan Mali mana? Dorang tak sampai lagi ka?” Soalku
bertalu-bertalu
“Isk, isk Irrah kau ni
kalau ya pun tanyalah satu-satu, tak terjawab dek Jack soalan kau tu nanti.”
Sampuk Nissa dari arah belakang. Aku hanya tersengih.
“Dorang belum sampai lagi
lah, Black dan Mali masih di hostel tengah sarapan, Ah Chong pula
faham-fahamlah rumah dia kan jauh” jelas Jack
“Oh” jawabku sambil mengangguk-anggukan
kepala tanda faham
“Urm, kau pula Nissa baru
sampai kah?” soalanku beralih kepada Nissa
“Tak lah, aku sebenarnya
tadi lagi sampai tapi terserempak dengan Lissa semasa pergi toilet tadi tu yang
lama” terang Nissa
“Ok, jom kita kemas dan
sapu kelas ni dulu sementara tunggu yang lain datang” ajakku kepada Nissa dan
Jack
“Velyn, Adie, Eva, Tina,
Bing, Ann, Ziah, Delynn, Wena dan Yati dah datang. Tapi Bella dan Thirah mana?”
Tanya Nissa padaku
“Ya Allah, Nissa tak kan
kau da lupa dorang berdua tu yang akan bawa makanan nanti”
“Oh, ya pula kan, aku lupa
lah.” Kata Nissa menyedari kealpaannya
Alhamdulillah, akhirnya majlis perpisahan kami berjalan
dengan lancar.
18
November 2009. Merupakan hari pertama kami menduduki Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Kertas pertama pada hari ini ialah Bahasa Melayu. Bermacam-macam reaksi
pelajar boleh dilihat pada hari pertama peperiksaan, kelihatan ada diantara
mereka yang masih membawa nota untuk dibaca sementara menunggu waktu
peperiksaan bermula dan ada juga yang sudah bersedia untuk menghadapi
peperiksaan. Pada mulanya aku berdebar-debar, tetapi sebelum masuk ke dewan
peperiksaan aku teringat pesan mamaku.
“Sebelum masuk dewan, baca
doa dan mulakan dengan kaki kanan.”
10
Disember 2009. “Yeah! Bebas! Bebas! Merdeka! Merdeka! ” kedengaran jeritan
kecil dari pelajar-pelajar yang telah selesi menduduki peperiksaan pada hari
ini. Aku tersenyum, dalam hati aku bersyukur kerana telah selamat menduduki
peperiksaan dan hari ini merupakan kertas terakhir bagi kelas kami. Sedang aku
berdiri di koridor kelas, aku terdengar seseorang memanggil-manggil namaku.
“Zinnirah, Irrah” teriak
suara itu
Aku menoleh kea rah suara itu. Aku melihat May tengah
berdiri di tepi tangga.
“Kenapa?”
Sahutku
“Happy
Birthday” katanya separuh berbisik
“Apa?”
Tanyaku, kerana kurang mendengar apa yang cuba dikatakan oleh May
“Happy
Birthday” teriak May.
Baruku terdengar dengan jelas apa yang cuba dikatakannya
tadi. Aku agak terkejut kerana May masih mengingati tarikh lahirku.
“Thank
You” jawabku sambil tersenyum
Tanpaku sedari ketika itu ada seseorang sedang
memerhatikan aku dari arah tangga. Sementara menunggu kereta sewa, aku duduk
dipondok berhampiran surau sekolah. Kebetulan Eqin, May, Wie dan Atui juga
turut berada disitu. Tiba-tiba mereka menyanyikan lagu “Happy Birthday”
untukku. Aku berasa segan dan malu kerana semua pelajar yang berada
disekeliling kami tengah memerhatikan kami. Aku menyuruh mereka diam, tetapi
mereka tak menghiraukan aku malah bertambah rancak mereka menyanyi. Aku hanya
diam dan tersenyum melihat mereka. Dalam hati aku sungguh terharu, kerana
mereka masih mengingati tarikh lahirku.
21
Mac 2010. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu telah tiba, debaran jelas terasa
didalam dada, seminggu sebelum tarikh ini, semuanya menjadi serba tak kena,
tidur tak lena, makan tak kenyang kerana asyik teringat akan keputusan yang
bakal diterima nanti. Pada hari pertama keputusan keluar, aku tidak merancang
untuk mengambil keputusan peperiksaanku. Tambahan pula, ketika itu aku sedang
mengikuti kelas jahitan dan tidak memakai seragam sekolah.
Ketika pulang dari kelas jahitan, tiba-tiba…
“Jom kita ambil result kau”
kata papa
Aku terkejut mendengar apa yang bapaku katakan.
Bermacam-macam alasan ku bagi.
“Kalau
kau tak boleh ambil, biar papa yang ambil untuk kau” kata papa.
Aku mati akal dan
tak tahu nak bagi alasan apa lagi kepada bapaku, aku hanya diam dan
menganggukan kepala, walaupun sebenarnya dalam hati aku takut dan belum
bersedia untuk mengambil keputusan peperiksaanku itu. Semasa sampai ke sekolah
aku melihat ramai pelajar datang untuk mengambil keputusan mereka. Aku
bertambah berdebar-debar, tetapi sempat juga aku bertanyakan keputusan kawanku
semasa berselisih dengannya.
“Nis
result kau berapa?” tanyaku pada Anis
“Aku
dapat 4A jak, kau pula?”
“Aku
belum ambil, baru nak ambil.”
“Tahniah
ya” ucapku
“Ya,
terima kasih” jawabnya sambil tersenyum
Kebetulan semasa hendak masuk ke pintu utama bangunan
sekolah, Cikgu Elizy melihatku.
“Ah,
Zinnirah mari sini ikut cikgu” arah cikgu padaku
“Pa,
bilik guru disini” kataku pada Papa
Sedang Cikgu Elizy sibuk mencari slip keputusanku, aku
pula sibuk menanyakan tentang keputusan Prinsip Akaunku.
“Cikgu
result akaun saya berapa?”
“Ah,
ni result kamu, tengoklah” kta Cikgu sambil memberikan slip kepadaku
Aku tidak melihat kepada keseluruhan keputusanku ,
tetapi aku terus mencari keputusan Prinsip Akaunku.
“Tahniah,
Zinnirah kau mendapat 4A termasuk subjek Akaun” ucap cikgu
“Terima
kasih cikgu” ucapku dengan gembira dan mencium tangan cikgu
Aku sangat gembira ketika itu. Papa pun turut gembira
melihat keputusanku walaupun cuma mendapat 4A sahaja tapi aku bersyukur kerana
lulus dengan cemerlang.
Dua
tahun telah berlalu. Kenangan dan saat-saat ketika itulah yang tak akan dapatku
lupakan sepanjang bersekolah di Semta’c. Sekarang ini pula aku akan menduduki
pepriksaan STPM dan aku masih lagi bersekolah disini. Tahun inilah merupakan
tahun terakhir aku bersekolah disini. Aku berdoa semoga aku dan rakan-rakan
seperjuanganku mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM pada tahun ini.
Amin.
Jika
pada ketika dahulu kami kerap menghabiskan masa dilibrary untuk membaca dan
mencari bahan rujukan, tetapi pada tahun ini kami banyak menghabiskan masa
dikelas. Tambahan pula, sepanjang tahun ini library dalam proses
penambahbaikan. Walaupun begitu, keadaan ini tidak menghalang pihak sekolah
untuk mengadakan bermacam-macam pertandingan seperti Teka silang kata,
pertandingan membaca buku terbanyak, menulis cerpen dan sebagainya. Aktiviti
seperti ini lah yang dinanti-nantikan oleh para pelajar, terutamanya bagi
mereka yang memnag kaki library.
Kaki
library? (Sambil tersenyum)
Bercakap pasal kaki library ni aku teringat tentang
sebuah novel yang pernah aku baca suatu ketika dahulu, yang bertajuk “Lagenda
Budak Setan.” Ceritanya mengisahkan empat orang pelajar lelaki yang nakal dan
suka mengenakan rakan-rakan dan guru mereka. Kita kena hati-hati tau kalau
terserempak dengan pelajar sebegini. Mereka telah mengenakan rakan mereka yang
bernama Siti. Memandangkan Siti ni kaki library, semua orang di sekolah mereka
tahu Siti dan library tak dapat dipisahkan. Kalau ditanyakan kepada Siti
tentang tajuk buku dan dimana letaknya buku tersebut pasti dengan sekelip mata
sahaja dia dapat tunjukkan buku tersebut. Tibalah suatu hari ini, Siti telah
mendapat sekeping nota:
“Siti
tolong bawakan Cikgu buku rujukan Geografi Asia Tenggara oleh Prof. Abdullah
Wahid. Loga!”
Tanpa membuang masa Siti ke library dan mencarikan buku
yang dipinta. Menjelang waktu minum petang, Siti naik ke bilik guru dan
meletakkan buku itu diatas meja Cikgu Loga. Dan…
Semasa Cikgu Loga kembali ke mejanya, dia hairan melihat
buku itu. Dia membeleknya dan menemukan sekeping nota dibahagian tengah. Surat
itu berbunyi:
“I
Love You Loga. Keep this as our secret. Siti!”
Terigat cerita itu aku tersenyum sendirian. Aku terfikir
bagaimana agaknya jika ada pelajar yang nakal seperti itu di sekolah kami,
pasti huru-hara Semta’c jadinya nanti.
Tok..tok..
Kedengaran bunyi ketukan dipintu bilikku. Lamunanku
terhenti serta-merta dan semua kenangan lama berterbangan dari kotak fikiranku.
Aku beristighfar.
“Zinnirah,
mari makan.” Panggil Mamaku
“Ya,
Mummy kejap lagi Irrah keluar.” Sahutku dari dalam bilik
Aku beristighfar. “Jauhnya aku mengelamun.” Kataku dalam
hati
~Tamat~